Wednesday 25 April 2012

Berwaspada dijalanraya...patuhi undang-undangnya

Hargailah diri dan ingatlah orang yang tersayang.....
Dengan penerangan pakcik polis
     


Saya melintas jalanraya dengan betul

Kanak Kanak Yang Menunggang Basikal

Tiap-tiap tahun kanak-kanak cedera parah akibat menunggang basikal di jalan raya. Separuh daripada kecederaan ini dapat dielakkan. Ibu bapa mesti memahami bahawa basikal itu sebuah kenderaan dan menunggangnya mempunyai risiko tertentu. (Basikal bukannya alat permainan walaupun di kalangan keluarga yang tinggal di kawasan Bandar dan bandaraya, ibu bapa membelikan basikal untuk anak mereka sebagai permainan.) Oleh itu :   
  • Pilih basikal yang seimbang dengan penunggangnya (apabila anak duduk di tempat duduk basikal dan kedua-dua tangannya memegang palang basikal, tapak kaki anak mesti menjejak ke tanah.)
  • Anak di bawah umur 8 tahun tidak boleh menunggang basikal di jalan raya. Pastikan anak faham tatatertib jalan raya sebelum diberi kebenaran menunggang basikal.
  • Belilah dan pakaikan anak dengan topi keledar basikal.
  • Jangan biarkan anak menunggang basikal terlampau laju atau berlumba-lumba.
  • Ajar anak supaya menunggang basikal berbarisan di tepi jalan raya.
  • Pakaikan anak baju berwarna cerah semasa ia menunggang basikal.
  • Pastikan basikal sentiasa dalam keadaan yang baik.
Berhenti di bebendul jalan sebelum melintas.Pandang ke kiri,pandang ke kanan dan kemudian pandang ke kiri sekali lagi. Awasi bunyi kenderaan. Sekiranya keadaan sudah dipastikan selamat, bolehlah kita melintas jalannn....
  Bermula pada tahun 2008, pendidikan keselamatan jalanraya diajar dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid tahun 1 hingga 6. Ia kemudiannya dilanjutkan hingga ke peringkat sekolah menengah.Ia selaras dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang aspek keselamatan jalanraya bermula dari kanak-kanak.Program ini bertujuan melahirkan pengguna jalanraya yang berhemah dan berdisiplin serta mencapai matlamat menggurangkan kadar kemalangan.Pengarah Jabatan Keselamatan Jalanraya ( JKJR) Wilayah Persekutuan. Muhammad Heeza Hassan berkata, Malaysia adalah negara Di Asia Tenggara yang pertama memasukkan Pendidikan Keselamatan Jalanraya di sekolah .Kerjasama ibu bapa amatlah diharapkan agar kesedaran ini akan terus dipupuk dan berkembang selamanya

Murid-murid melintas jalanraya  di garisan belang dengan pertolongan pakcik. Terima kasih, pakcikkkk!!!!!
  • Jangan sekali-kali membiarkan anak kecil melintas jalan seorang diri. Perasaan takut mungkin menyebabkan mereka berlari lintang pukang melintas jalan.
  • Sesebuah kereta yang hanya bergerak pada kelajuan 30 km/jam pun mungkin tidak sempat berhenti. Jadi pimpinlah tangan kanak-kanak dan bantu mereka melintas jalan raya.
  • Tindakan mudah itu mungkin dapat mengelakkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa seseorang kanak-kanak yang tidak berdosa.
    Mari kita  nyanyi ....



 

1 comment:

  1. Terima kasih di atas info yang diberi cikguuuu...

    ReplyDelete