Bahasa Melayu Tahun 1
Sekali menjadi guru, selamanya menjadi guru...
Tuesday, 1 May 2012
Monday, 30 April 2012
RPH Tahun 1 Bahasa Melayu
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR
BAHASA MELAYU TAHUN 1
Mata
pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun/Kelas :
1 Bestari
Masa :
2.40 hingga 3.10 ( 30 minit )
Pengetahuan
sedia ada murid : Sudah tahu nama buah-buahan
TEMA
|
Makanan berzat
|
|||
TAJUK
|
Buah-buahan
|
|||
FOKUS UTAMA
|
Standard Kandungan
|
1.2
|
Mendengar, mengecam dan menyebut bahasa iaitu abjad,
sukukata,perkataan, frasa dan ayat dengan betul
|
|
Standard Pembelajaran
|
1.2.4
|
Mendengar,memahami,menyebut dan mengeja perkataan yang
mengandungi frasa dan ayat daripada sukukata terbuka dan tertutup dengan
betul.
|
||
FOKUS SAMPINGAN
|
Standard Kandungan
|
2.2
|
Membaca dan memahami, menyebut frasa dan ayat daripada pelbagai
sumber dengan sebutan yang betul.
|
|
Standard Pembelajaran
|
2.2.1
|
Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga
sukukata,diftong,vokal berganding, diagraf dan konsonan bergabung dengan
sebutan yang betul
|
||
OBJEKTIF
|
Pada akhir pengajaran murid dapat
1. Mendengar dan mengecam perkataan buah-buahan yangditunjukkan.
2.Menyebut dan mengeja perkataan nama buah-buahan yang
mengandungi sukukata terbuka dan tertutup.
3. Mengeja/menulis nama buah-buahan perkataan dalam lembaran
kerja
|
|||
PENGISIAN KURIKULUM
|
1.Ilmu : Sains, Pendidikan Kesihatan
2.Nilai: Kerjasama, menjaga kesihatan
3.KBT:
KB – mengumpul dan
mengelas
|
|||
SISTEM BAHASA
|
Tatabahasa: Kata Nama Am
|
|||
MEDIA
|
Kad gambar, kad perkataan,lembaran kerja,buah-buahan plastik
|
|||
|
||||
|
Aktiviti
|
Impak
|
||
Induksi set
( 4 minit)
|
1.Guru menunjukkan satu uncang kain yang mengandungi kad-kad
gambar yang kecil.Guru meminta murid secara sukarela tampil ke hadapan untuk
mengambil kad-kad tersebut dengan memasukkan tangan mereka ke dalam uncang.
2.Murid diminta mengeluarkan kad tersebut dan menamakannya.Murid
tersebut dikehendaki memegang kad tersebut dan berdiri di hadapan kelas.Aktiviti
diulangi dengan murid yang lain pula.
3, Guru menolong murid melekatkan kad gambar di papan putih.
|
|
||
Langkah 1
( 8 minit)
|
1.Murid diminta menyatakan dalam kad gambar di papan putih yang
manakah yang boleh dimakan.
Andaian jawapan murid: Buah-buahan.
2.Guru mengedarkan kad gambar buah-buahan kepada murid-murid.Murid-murid
yang mendapat kad gambar buah-buahan diminta menulis ejaan nama buah-buahan
tersebut di papan putih.
3. Semua murid mengeja dan
membaca ejaan nama buah-buahan di papan putih.
|
|
||
Langkah 2
(7 minit)
|
1.Guru menunjukkan sebakul buah-buahan dan sayur-sayuran plastik.
2. Murid diminta secara sukarela mengambil buah-buahan dari dalam bakul
tersebut serta menamakan dan mengelaskan mengikut kelompok buah-buahan atau
sayur-sayuran.
3.Aktiviti diteruskan dengan murid yang lain .
4. Bersoal jawab dengan murid perihal kepentingan buah-buahan
kepada kesihatan kita.
|
|
||
Langkah 3
( 7 minit)
|
1.Murid diedarkan lembaran kerja yang mengandungi gambar
buah-buahan dan sayur-sayuran.
2.Murid diminta mewarnai hanya gambar buah-buahan dan menulis
ejaan nama buah tersebut
|
|
||
Penutup
( 4 minit)
|
1.Murid diberi plastisin. Murid diminta membentuk buah-buahan
daripada nya,
2, Pamerkan hasil kerja murid.
3.Guru membuat rumusan tajuk pelajaran hari ini.
|
|
Wednesday, 25 April 2012
Berwaspada dijalanraya...patuhi undang-undangnya
Hargailah diri dan ingatlah orang yang tersayang.....
Dengan penerangan pakcik polis |
Saya melintas jalanraya dengan betul |
Kanak Kanak Yang Menunggang Basikal
Tiap-tiap tahun kanak-kanak cedera parah akibat menunggang basikal di jalan raya. Separuh daripada kecederaan ini dapat dielakkan. Ibu bapa mesti memahami bahawa basikal itu sebuah kenderaan dan menunggangnya mempunyai risiko tertentu. (Basikal bukannya alat permainan walaupun di kalangan keluarga yang tinggal di kawasan Bandar dan bandaraya, ibu bapa membelikan basikal untuk anak mereka sebagai permainan.) Oleh itu :
Tiap-tiap tahun kanak-kanak cedera parah akibat menunggang basikal di jalan raya. Separuh daripada kecederaan ini dapat dielakkan. Ibu bapa mesti memahami bahawa basikal itu sebuah kenderaan dan menunggangnya mempunyai risiko tertentu. (Basikal bukannya alat permainan walaupun di kalangan keluarga yang tinggal di kawasan Bandar dan bandaraya, ibu bapa membelikan basikal untuk anak mereka sebagai permainan.) Oleh itu :
- Pilih basikal yang seimbang dengan penunggangnya (apabila anak duduk di tempat duduk basikal dan kedua-dua tangannya memegang palang basikal, tapak kaki anak mesti menjejak ke tanah.)
- Anak di bawah umur 8 tahun tidak boleh menunggang basikal di jalan raya. Pastikan anak faham tatatertib jalan raya sebelum diberi kebenaran menunggang basikal.
- Belilah dan pakaikan anak dengan topi keledar basikal.
- Jangan biarkan anak menunggang basikal terlampau laju atau berlumba-lumba.
- Ajar anak supaya menunggang basikal berbarisan di tepi jalan raya.
- Pakaikan anak baju berwarna cerah semasa ia menunggang basikal.
- Pastikan basikal sentiasa dalam keadaan yang baik.
Berhenti di bebendul jalan sebelum melintas.Pandang ke kiri,pandang ke kanan dan kemudian pandang ke kiri sekali lagi. Awasi bunyi kenderaan. Sekiranya keadaan sudah dipastikan selamat, bolehlah kita melintas jalannn.... |
Murid-murid melintas jalanraya di garisan belang dengan pertolongan pakcik. Terima kasih, pakcikkkk!!!!!
|
Subscribe to:
Posts (Atom)