Monday 30 April 2012

RPH Tahun 1 Bahasa Melayu


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR
BAHASA MELAYU TAHUN 1

                                   Mata pelajaran : Bahasa Melayu
    Tahun/Kelas                                                                    : 1 Bestari
                                                    Masa                                                                                  : 2.40 hingga 3.10 ( 30 minit )
                                                    Pengetahuan sedia ada murid : Sudah tahu nama buah-buahan
TEMA
Makanan berzat
TAJUK
Buah-buahan




FOKUS UTAMA

Standard Kandungan

1.2
Mendengar, mengecam dan menyebut bahasa iaitu abjad, sukukata,perkataan, frasa dan ayat dengan betul

Standard  Pembelajaran

1.2.4
Mendengar,memahami,menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi frasa dan ayat daripada sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.



FOKUS SAMPINGAN

Standard Kandungan

2.2
Membaca dan memahami, menyebut frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Standard Pembelajaran

2.2.1
Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga sukukata,diftong,vokal berganding, diagraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul



OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran murid dapat
1. Mendengar dan mengecam perkataan buah-buahan yangditunjukkan.
2.Menyebut dan mengeja perkataan nama buah-buahan yang
    mengandungi sukukata terbuka dan tertutup.
3. Mengeja/menulis nama buah-buahan perkataan dalam   lembaran   
   kerja

PENGISIAN KURIKULUM
1.Ilmu : Sains, Pendidikan Kesihatan
2.Nilai: Kerjasama, menjaga kesihatan
3.KBT:
 KB – mengumpul dan mengelas
SISTEM BAHASA

Tatabahasa: Kata Nama Am
MEDIA
Kad gambar, kad perkataan,lembaran kerja,buah-buahan plastik




Aktiviti

Impak

Induksi set
( 4 minit)
1.Guru menunjukkan satu uncang kain yang mengandungi kad-kad gambar yang kecil.Guru meminta murid secara sukarela tampil ke hadapan untuk mengambil kad-kad tersebut dengan memasukkan tangan mereka ke dalam uncang.
2.Murid diminta mengeluarkan kad tersebut dan menamakannya.Murid tersebut dikehendaki memegang kad tersebut dan berdiri di hadapan kelas.Aktiviti diulangi dengan murid yang lain pula.
3, Guru menolong murid melekatkan kad gambar di papan putih.


Langkah 1
( 8 minit)

1.Murid diminta menyatakan dalam kad gambar di papan putih yang manakah yang boleh dimakan.
Andaian jawapan murid: Buah-buahan.
2.Guru mengedarkan kad gambar buah-buahan kepada murid-murid.Murid-murid yang mendapat kad gambar buah-buahan diminta menulis ejaan nama buah-buahan tersebut di papan putih.
 3. Semua murid mengeja dan membaca ejaan nama buah-buahan di papan putih.


Langkah 2
(7 minit)
1.Guru menunjukkan sebakul buah-buahan dan sayur-sayuran plastik.
2. Murid diminta secara sukarela  mengambil buah-buahan dari dalam bakul tersebut serta menamakan dan mengelaskan mengikut kelompok buah-buahan atau sayur-sayuran.
3.Aktiviti diteruskan dengan murid yang lain .
4. Bersoal jawab dengan murid perihal kepentingan buah-buahan kepada kesihatan kita.


Langkah 3
( 7 minit)
1.Murid diedarkan lembaran kerja yang mengandungi gambar buah-buahan dan sayur-sayuran.
2.Murid diminta mewarnai hanya gambar buah-buahan dan menulis ejaan nama buah tersebut


Penutup
( 4 minit)
1.Murid diberi plastisin. Murid diminta membentuk buah-buahan daripada nya,
2, Pamerkan hasil kerja murid.
3.Guru membuat rumusan tajuk pelajaran hari ini.

Wednesday 25 April 2012

Berwaspada dijalanraya...patuhi undang-undangnya

Hargailah diri dan ingatlah orang yang tersayang.....
Dengan penerangan pakcik polis
     


Saya melintas jalanraya dengan betul

Kanak Kanak Yang Menunggang Basikal

Tiap-tiap tahun kanak-kanak cedera parah akibat menunggang basikal di jalan raya. Separuh daripada kecederaan ini dapat dielakkan. Ibu bapa mesti memahami bahawa basikal itu sebuah kenderaan dan menunggangnya mempunyai risiko tertentu. (Basikal bukannya alat permainan walaupun di kalangan keluarga yang tinggal di kawasan Bandar dan bandaraya, ibu bapa membelikan basikal untuk anak mereka sebagai permainan.) Oleh itu :   
  • Pilih basikal yang seimbang dengan penunggangnya (apabila anak duduk di tempat duduk basikal dan kedua-dua tangannya memegang palang basikal, tapak kaki anak mesti menjejak ke tanah.)
  • Anak di bawah umur 8 tahun tidak boleh menunggang basikal di jalan raya. Pastikan anak faham tatatertib jalan raya sebelum diberi kebenaran menunggang basikal.
  • Belilah dan pakaikan anak dengan topi keledar basikal.
  • Jangan biarkan anak menunggang basikal terlampau laju atau berlumba-lumba.
  • Ajar anak supaya menunggang basikal berbarisan di tepi jalan raya.
  • Pakaikan anak baju berwarna cerah semasa ia menunggang basikal.
  • Pastikan basikal sentiasa dalam keadaan yang baik.
Berhenti di bebendul jalan sebelum melintas.Pandang ke kiri,pandang ke kanan dan kemudian pandang ke kiri sekali lagi. Awasi bunyi kenderaan. Sekiranya keadaan sudah dipastikan selamat, bolehlah kita melintas jalannn....
  Bermula pada tahun 2008, pendidikan keselamatan jalanraya diajar dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid tahun 1 hingga 6. Ia kemudiannya dilanjutkan hingga ke peringkat sekolah menengah.Ia selaras dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang aspek keselamatan jalanraya bermula dari kanak-kanak.Program ini bertujuan melahirkan pengguna jalanraya yang berhemah dan berdisiplin serta mencapai matlamat menggurangkan kadar kemalangan.Pengarah Jabatan Keselamatan Jalanraya ( JKJR) Wilayah Persekutuan. Muhammad Heeza Hassan berkata, Malaysia adalah negara Di Asia Tenggara yang pertama memasukkan Pendidikan Keselamatan Jalanraya di sekolah .Kerjasama ibu bapa amatlah diharapkan agar kesedaran ini akan terus dipupuk dan berkembang selamanya

Murid-murid melintas jalanraya  di garisan belang dengan pertolongan pakcik. Terima kasih, pakcikkkk!!!!!
  • Jangan sekali-kali membiarkan anak kecil melintas jalan seorang diri. Perasaan takut mungkin menyebabkan mereka berlari lintang pukang melintas jalan.
  • Sesebuah kereta yang hanya bergerak pada kelajuan 30 km/jam pun mungkin tidak sempat berhenti. Jadi pimpinlah tangan kanak-kanak dan bantu mereka melintas jalan raya.
  • Tindakan mudah itu mungkin dapat mengelakkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa seseorang kanak-kanak yang tidak berdosa.
    Mari kita  nyanyi ....